Tuesday, May 3, 2011

Pantai Teluk Gorek Mersing


salam semua. ni entri pasal plan mase 1 may yang lepas. kitaorang sekeluarga p la pantai Teluk Gorek ni. perjalanan lebih kurang 15-20 minit dari bandar mersing. x la jauh sangat. yang pasti kawasan pantai ni memang best. macam² aktiviti bleh buat. kayak, mandi laut, mancing, barbeque ke, cari kepah, berkhemah...macam² lagi arr. kawasan pantai ni landai sangat. x berombak. sesuai sangat kalau kite bawa bebudak mandi kat cni. ammar pun suke. sampai kecut tangan berendam lama sangat kat laut sampai x nak naik dah.

ha kat cni ada dua tmpat yang bleh kita menginap. Teluk gorek Chalet & Camp Site ngan Gorek Bay. chalet diorang ni sebelah menyebelah jer. tap yang aku p ni kat Gorek Bay. x bayak gambar yg sempat aku snap kat tempat ni. dah terkejar ke sana sini handle ammar, ngan seronok sangat kat cni tu yg sampai terlupe dah nak ambil gambar.



hehe..x sempat aku nak snap gambar basikal tu. tap basikal tu dah macam motor elektrik. org x der lesen pun leh bawak..


ingat nak naik kayak tap air dah surut, terpaksalah kuburkan hasrat aku tu. x mau aku nak menarik kayak tu ketengah laut. jauh tu...


tempat santai ni kita leh sewa nan kadar rm30.00 sehari. ada letrik ngan lampu sekali tau. bleh bawa khemah sekali.

Ni dewan yg ada disediakn di Teluk Gorek Chalet & Camp Site. surau pun ada. tap x sempat nak snap.



klu nak tengok gambar lain anda bleh klik sini. banyak pemandangan Pantai Teluk Gorek ni. lepas ni mmg kitaorang sekeluarga plan nak pegi lagi dan bermalam di sana. mesti best giler arrr klu dapat bercuti lagi cam yg lepas...

p/s : sape² nak pegi, klu x tau jalan lehlah calling² aku yer..

suke entri ini??

1 comment:

  1. thanks for info ....jarang org kenal tempat ni... mungkin org mersing je yg tau.... saya jumpa info masa dok plan Projek Keliling Semenanjung via jalan pesisir pantai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...