Saturday, April 30, 2011

Petua Mengasihi Isteri ...

Assalamualaikum dan salam pagi sabtu. Esok cuti hari buruh (1 mei). so apa plan korang semua. ha ni nak kongsi ckit petua dari note MY Baby Store yg sama² kite bleh share. pada sang suami² semua blehlah praktikkan petua ni untuk mengeratkan lagi hubungan suami ngan isteri..

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Sekali sekala Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.


P/S : pada mana² suami tu janganlah selalu buat isteri merajuk. klu dah merajuk tu cepat² lah pujuk ye...


suke entri ini??

Tuesday, April 26, 2011

Ku Basuh Luka Dengan Airmata ...

aduhaiii...mesti ramai yg feeling biler dengar lagu ni. Termasuklah aku sekali. Aku tau ramai yg dah lalui sepertimana lirik lagu ni kan??? kan kan..eleh nak selindung konon. Apa pun semuanya da hikmah yg berlaku. Ye x?? Semuanya Allah yg tentukan..





Semuaaaa Ibu...

Semalam sampai jer umah terus mandi dan solat asar. Nak tunggu Maghib so tengoklah sinetron sekejap. X lama Ammar pun balik. P mana agaknyer anak ibu ni?? aku tengok bajunya comot penuh ngan air milo. Sampai jer terus ambil Ammar. Yang terharunya terus ammar cakap sayang ibu sambil peluk aku.Lepas maghrib, kepala berdenyut² terus solat. Lepas solat lelap x hirau kan ammar dah. Dalam kul 9 suami kejut. lepas bangun terus dapatkan Ammar dan aku tanya kat dia....

Ibu : Ammar p mana petang tadi?
Ammar : sana...(mulut muncung sambil tunjuk arah dia pergi petang tadi)
Ibu : oooo ngeteh yer ngan nenek. minum milo yer...patutlah baju comot..

Lepastu aku tanya lagi...
Ibu : sape salinkan baju ammar ni??
ammar : ibuuu... (padahal ayahnya)

Ibu : nape salin baju?? yak yer (berak)?? sape cebuk kan??
ammar : ibuuuu (sambil angguk²kan pala) <---padahal ayahnya

Ibu : sape mandikan ammar petang tadi ??
ammar : ibuuuu... (ni neneknya mandikan sebelum aku balik keje)

Ibu : tadi sape kasi ammar makan??
ammar : ibuuuu... (dah tentunya ayahnya yg kasi...ibu ko dah terbongkang lepas maghrib)

Ibu : aikssss x kan semua ibu?? Klu ibu x ada p keje ammar nak dgn sape??
ammar : ???? (confius muke dia sambil muncung mulut)

Lepastu terus aku masuk toilet...pe lagi terjerit² lah ammar panggil ibuuu...ibuuu kat depan pintu sambil ketuk pintu suruh bukak.....


Suke Entri Ini??

Sunday, April 24, 2011

Musykil La Dengan Jalan Ni??

Assalamualaikum dan salam pagi ahad. Uh...arini aku kena keje plak. kena OT. Dah sampai turn kena OT jadi OT lah jugak. Tap X pe...Leh tambah wit poket. Sebenarnya dah lama nak post tap x menyempat jer. Ni pasal accident yg berlaku kat jalan ni. Klu nak tau jalan ni berada di antara persimpangan kota tinggi- kulai dah Ladang Tai tak. Kilometer berapa, x plak aku menyempat nak mengira. Yang menjadi persoalannya, sejak jalan 2 link ni di buka awal CNY aritu, masuk ni dah 4 kali berlaku accident kat tempat dan jalan yg sama. haha..ada yg menunggu kot. Ala tu semua karut lah (ada yg cakap macam tu). Tap x mustahilkan semua bagi Allah.

Semua accident yg berlaku, kenderaan dari arah Jb ke kota tinggi bleh menyeberang masuk laluan bertentangan. Pelik bebeno ler..dah ada jalan 2 link pun x cukup lagi sampai nak guna jalan sebelah. Agaknyer bila jalan 2 link ni dah buka serupa macam highway diorang bawak kete. 110km/j agaknyer. Confirm ada yg lebih dari tu bawa kete ikut jalan ni. Ye dak?? padahal kat c2 cuma di hadkan pada 80km/j. Ni confirm arrr speed lebih sangat. Kalau x, xkanlah bleh sampai menyeberang jalan sebelah. Sib baik x ada dvider. Agaknyer kalau ada mau terbang kereta diorang wat. Pe pun ni antara gambar yg sempat aku snap semasa kete tengah gerak. haha encik suami cakap " ha nak wat pe lah ngan gambar tu"...





Ni kebetulan mase kitaorang sampai jalan ni ambulance pun ngam² belakang kitaorang. ha pe lagi kalau korang dah dengar bunyi siren ni??? ne...no...ne...no... ketepi...ketepi...


Sebenarnya atas sikap kite sendiri nak mengelak dari berlaku kemalangan yg macam ni. Kalau dah bawak kete laju bebeno, alamatlah mmg akan hilang kawalan bila berlaku kecemasan macam ni. Tap klu dalam kes sondol menyondol tu plak dah lain. Sebelum link ni di buka (jalan kotatinggi - Tiram) memang kerap sondol menyondol ni ha. Jalan 1 link, klu pagi tu lambat ckit jer kuar umah confirm arrr kena ngadap jem. Tu belum yg potong ikut kiri lagi. Sampai depan senang² jer nak cilok masuk. Orang lain pun ikut Q tau nak sampai tempat keje. Orang lain pun kerja jugak. So sama² lah kita bertimbangrasa masa kat atas jalan raya. Jangan plak kite jadikan org len yg x bersalah tu jadi sasaran atas kelalaian kite sendiri.....

Anda Suke Entri Ini??

Saturday, April 16, 2011

Terbaikkk.... Dari Ladang...

erm..sebenarnya dalah lama nak post entri ni tap x terpost² jugak. busy ckit ngan kerja. x berpeluang nak update. Now skrg ada peluang terus update la. Kesian belog ku ini ada beberapa ekor labah² nak wat sarang. Ckit ari lagi, bersawanglah jawabnya. Ok lah nak citer ckit ni...ceciter ceciter (versi kak limah balik umah). Hahaha...Ha ni la hasil penat lelah aku dan en suami bercucuk tanam. Orang kata berbudi ngan tanah lumayan hasilnya. Ni la hasil yg kitaorang dapat. Nak makan petik jer. Fresh lagi. Terbaeekkkkkkkkkkkkk dari ladang....



sayur berendi laaaa...bukan berendi, tap sayur bendi <---Ahmad Albab


Kailan. Sayur ni en suami suke klu masak kailan goreng kan masin..x payah order kat kedai lagi..


Sayur bayam. Sayur ni Ammar paling suke makan. Kadang² makan sayur ni jer. Nasi x mau. Vegetarian plaklah anak ibu ni..


Ni kacang panjang. Sayur ni dapatlah kami rase beberapa kali. Sedap. Ranggup jer rasenya. Tap la ni dah kena serang monyet ngan lotong. Abis semua sayur kacang yg aku tanam di makan. Tap sayur lain x nak plak depa usik. Pandai memilih jugak binatang ni erkkk....


Monday, April 11, 2011

Menentang Perjodohan


perghhhh famous giler lagu ni mase zaman keje kilang dlu (mase anak dara lagi yer)...masing² bluetooth...tangkap syahdu..rock leleh...yang mana putus cinta sebab mak bapak x setuju jangan frust sangat. Mesti ada sebab kenapa org tua kita halang...ingat yer restu org tua kite tu yg paling penting klu nak idup bersama ngan org yg kite sayang...pe pun layan video ni...

Menentang Perjodohan

Friday, April 8, 2011

Hanya Tinggal Kenangan

Gambar ni merupakan kenangan terakhir keluarga kami. Gambar ni adalah gambar buyut kami @ dalam ertikata lain ibu kepada nenek kami dan juga moyang kepada Ammar .Manisah Binti Hj Ahmad. Kami panggil yoyot. Yoyot meninggal pada 4/4/2011 yang lalu kerana sakit tua pada usia 92 tahun. Mase memula kawin ngan en suami, daku sendiri x tau yang en suami masih ada yoyot sehinggallah my MIL bagitau yg dia benar² nak jumpe kami lepas nikah hampir 3 thn lepas.

Tap atas kekangan kerja dan komitmen lain, barulah tahun lepas mase raya dapat jumpe ngan yoyot. Tersenyum ajer tengok kami sekeluarga. mase tu Ammar baru 1thn 4 bulan cam tu. Yerlah budak baru nak berlari. Suke masa tu yoyot tengok keletah ammar yg berlari kesana cni. Walaupun waktu tu yoyot hanya bleh duduk tanpa banyak bercakap. Bila kami semua nak balik, berlinang air mata aku tengok yoyot. Sedih rasenya. tap After raya haji kitaorng balik kg tengok yoyot lagi. Masa ni yoyot dah sakit dan x kenal @ cam org disekeliling dia. waktu tu usianya masuk 92 tahun. Jadi waktu itulah yg terakhir kali kami dapat lihat yoyot sebelum kembali kerahmatullah.

Al-Fatihah....

Doa kami sekeluarga buat Arwah yoyot : semoga yoyot tenang di alam sana, dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama² dengan golongan org² yang soleh dan solehah..amin...

Wednesday, April 6, 2011

Pengharaman Botol Susu BPA

rasanya dah ramai ibu², ayah², kawan² semua yang dah tau berkenaan botol susu yang budak² atau baby² gunakan. Tap ada jugak segelintirnya masih terkial² @ x tau langsung berkenaan botol susu BPA ni. Tap mana² yang dah tau tu jomlah kite sama² kongsi dengan mereka yg masih x tau. Klu x silap pergharaman botol susu ni berkuatkuasa pada 12 Mac 2011 yg lalu. Jadi nak kongsilah maklumat "APA ITU BPA?". sumber ni daku peroleh dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom reremai bace....

Soalan Lazim Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Yang Mengandungi Bisphenol A

Q & A
PENGHARAMAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BISPHENOL A

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Nombor 7


Nombor 7 dan PC


Nombor 7 dan ‘other’


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi


6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.


7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.
KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :

Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.
Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.
13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.
Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...