Saturday, March 26, 2011

Root Canal Treatment...


Assalamualaikum pada kawan semua dan selamat pagi sabtu. Arini kena kerja macam biasa. So nak kongsilah ckit info pasal rawatan akar (root canal) yang telah ku jalani....info ni akan terangkan satu persatu poses yang telah ku lalui masa wat treatment ni. Sumber @ info ni diperoleh daripada website dentalcare.com

Jika rongga urat saraf gigi anda dijangkiti dengan reput, atau rosak kerana trauma, rawatan kanal akar merupakan cara tunggal untuk menyelamatkan gigi anda. Di dalam cengkerang luar gigi yang kuat terdapat sebuah kawasan khas yang dipanggil pulpa atau rongga urat saraf. Rongga pulpa mengandungi satu sistem saluran darah, saluran limfa dan urat saraf, pulpa, yang masuk dari tulang melalui kanal saraf. Sistem ini menyediakan khasiat untuk sel-sel di dalam gigi. Pereputan gigi yang dalam atau kecederaan lain boleh menyebabkan kerosakan kepada atau infeksi pulpa gigi. Dalam rawatan kanal akar atau endodontik, doktor pergigian membuang pulpa yang rosak atau dijangkiti dan menukarnya dengan pengisi khas yang menolong menjaga struktur gigi yang tinggal.
    Beberapa tanda tentang keperluan untuk rawatan kanal akar mungkin:
  • Kesakitan spontan atau berdenyut semasa mengigit.
  • Sensitif kepada makanan panas dan sejuk.
  • Kereputan teruk atau kecederaan yang mengakibatkan bisul yang bernanah (infeksi) dalam tulang.

PROSEDUR
Step 1
Selepas gigi diberikan ubat bius,
satu pembukaan dibuat melalui
mahkota ke dalam rongga pulpa.



Step 2
Panjang kanal-kanal akar akan ditentukan.



Langkah 3
Pulpa yang dijangkiti dibuang.
Kanal dibersihkan, dibesarkan
dan dibentuk.



Langkah 4
Kanal diisi dan ditutup.
Satu tiang logam mungkin
dimasukkan untuk sokongan struktur
atau untuk mengekalkan bahan-bahan pemulihan.



Langkah 5
Gigi ditutup dengan
bahan pengisi sementara.
Seringkali mahkota emas atau porselin
memberikan perlindungan lanjutan.


Dan last sekali, apabila struktur gigiku dah x berapa nak cantik lepas wat rawatan ni, jadi terpaksalah buat crowning( sarung gigi). So entry akan datang daku letakkan dan terangkan apa tu crown yer (bukan yg kat atas kepala tu tau)...hehe





2 comments:

  1. salam, nak tanya.. buat rawatan saraf + crown tu amek masa bpe lame ek..?? juz 1 appoinment or lebih..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm...maaf lambat sangat reply...x lama...sekejap jer klu buat rawatan saraf. masa tu buat untuk 2 batang gigi. ambil masa 1 jam lebih gak. cuma crown tu ambil masa 2 minggu nak siap.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...