Thursday, March 24, 2011

Rawatan Root Canal & Crown


ha ni la rawatan yg aku kena buat...root canal & crown. bukan crown pakai kat kepala tu yer...ni crown gigi @ dalam ertikata lain sarung gigi...ni lah gambar sebelum dan selepas wat rawatan ni...dalam rm 1600 jugaklah aku habis wat rawatan ni...banyak sbb nape aku terpaksa wat rawatan ni...salah satu x nak kena cabutlah gigi aku yg ada ni...selain tu ada sebab lain kenapa rawatan ni perlu dibuat. Kalau korang nak tau antara meh cni aku terangkan pe dia root canal dan crowning ni...info ni dapat dari website http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/RawatanSalurAkar.php


Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.

Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?

  • Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
  • Gigi yang telah mati

Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?

Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.

Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?

  • Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
  • Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
  • Gigi itu mungkin terpaksa dicabut

Prosedur

  • Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
  • Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.
Prosedur
• Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
• Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan
peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.

Soalan yang kerap ditanya
1. Adakah rawatan ini menyakitkan?
J: Kebiasanya rawatan ini tidaklah menyakitkan. Bius setempat kadang - kadang
digunakan jika perlu.
2. Adakah saya memerlukan korona selepas rawatan salur akar?
J: Rawatan salur akar tidak semestinya memerlukan korona. Rawatan korona hanya
perlu jika kehilangan struktur asal korona gigi sangat teruk.
3. Di mana saya boleh mendapatkan rawatan ini?
J: Anda boleh ke klinik pergigian yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat,
pemeriksaan dan maklumat lanjut mengenai rawatan ini.

tap aku wat rawatan ni kat klinik swasta. nama klinik tu klinik pergigian Makmur kat Pontian. Ini kes x nak menunggu lama klu kat klinik kerajaan. klu klinik kerajaan pun x semua klinik ada sediakan rawatan kepakaran ni. Untuk pengetahuan korang gigi yang aku wat rawatan ni lah gigi hadapan. 2 batang yang kat depan sekali tu. Then, entry lepas ni aku bagitau korang cam ne prosedur rawatan tu diajalankan yer....hehe tungguuuuu...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...