Saturday, March 26, 2011
Root Canal Treatment (Video)
Root Canal Treatment...
- Beberapa tanda tentang keperluan untuk rawatan kanal akar mungkin:
- Kesakitan spontan atau berdenyut semasa mengigit.
- Sensitif kepada makanan panas dan sejuk.
- Kereputan teruk atau kecederaan yang mengakibatkan bisul yang bernanah (infeksi) dalam tulang.




Thursday, March 24, 2011
Rawatan Root Canal & Crown

ha ni la rawatan yg aku kena buat...root canal & crown. bukan crown pakai kat kepala tu yer...ni crown gigi @ dalam ertikata lain sarung gigi...ni lah gambar sebelum dan selepas wat rawatan ni...dalam rm 1600 jugaklah aku habis wat rawatan ni...banyak sbb nape aku terpaksa wat rawatan ni...salah satu x nak kena cabutlah gigi aku yg ada ni...selain tu ada sebab lain kenapa rawatan ni perlu dibuat. Kalau korang nak tau antara meh cni aku terangkan pe dia root canal dan crowning ni...info ni dapat dari website http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/RawatanSalurAkar.php
Rawatan salur akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah dijangkiti atau rosak atau mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.
Apakah ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?
- Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
- Gigi yang telah mati
Kenapa rawatan salur akar perlu dilakukan?
Rawatan salur akar dilakukan supaya gigi yang rosak itu tidak dicabut yang mana akan dapat mengekalkan gigitan dan fungsi gigi.
Apakah akibatnya jika rawatan ini tidak dilakukan?
- Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
- Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
- Gigi itu mungkin terpaksa dicabut
Prosedur
- Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temujanji.
- Salur akar (kanal) gigi akan dibersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan peralatan dan ubatan sebelum ianya ditutup.
Friday, March 18, 2011
Ammar dan ladybird..

Ammar dan motor² beso...
ha ni gambar mase kitaorang nak balik kampung tengok yoyot kitaorang aka moyang ammar dan pergi majlis kenduri berkhatan sepupu sepapat bleh keluarga en suami....mase ni kat highway yong peng..perghhh teruja beul ammar sambil terjerit² tengok moto² beso berkuasa tinggi...diorang ni berkonvoi. X tau kemana destinasi diorang nak pegi. Aku pun pe lagi, sempat snap ar gambar mana² yg sempat...diorang perasan aku amik gambar. Siap senyum ngan lambai² tangan pun ada...
Projek Farmvilleku......(selepas)

ha ni lah selepas benih sayur ni disemai. kitaorang tanam sayur kacang, kangkung, bayam, kailan n last sekali bendi. ni lah hasilnya lepas sebulan > menunggu hasilnya dan kami ngn berbangga dapat merasa hasil tanaman sayur dgn usaha tanam sendiri. ha sayur ni 100% tau x diberi racun serangga @ ape² bahan yg buat sayur tu segar semacam jer....macam kat pasar tu ( sesetengahnya lah)..hehe nampak langsung x berlubang² pun daunnya...yg palig best sekali ammar lah..paling suke sayur bayam yg ibunya tanam sendiri...sedap katanya...sayur kangkung pun macam tu gak...tinggal nak merasa sayur kacang panjang, bendi ngan kailan jer. Skrg pun kacang panjang dah keluarkan bunga, then jadilah anak kacang panjang. nanti dah cukup mase blehlah petik wat sayur....rancangan mase depan plak, nak tambah lagi batas yg sedia ada supaya bleh tanam berjenis² sayur. Jadi nak msak petik jerlah....senang...x yah nak p psar lagi (skrg ni masih perlu sbb x semua sayur yg ada kite dapat tanam) hehe...yg bestnya dari awal tanam sampai la ni ammar lah paling seronok...pantang kite cakap nk petik sayur...dia pun nk join sekali...suke dia bab cabut mencabut ni....pe pun layan...
Projek Farmvilleku......(sebelum)
ha ni lah projek farmville kitaorang sefamily mase cuti CNY aritu....nak upload tap x terupload gambar ni....rase berbaloi jugaklah pe yg kitaorng wat...bleh isi mase cuti ngan wat benda yg mengeluarkan peluh...kia bersenamlah jugak. Selalu asyik men game farmville tu kat FB jer...suke bila lepas plow, tunggu dia grow pastu harvest...tap hasil x dapat rasa pun. badan pun x sakit. So ni lah projek kitaorg yg lepas. Ha amik kau lepas meng plow tanah, mengcangkul² tanah ngan wat pagar seminggu jugaklah badan semua sengal². Urat Tegang...yerlah org x pernah mencangkul. Wat sekali sekala ni lah dapat habuannya. Pe lagi, en suami lah yg jadi mangsa..."abang bleh tolong urutkan x?"...sib baik en suami x kisah...menolong tanpa banyak bunyi...erm.."Terima Kasih banyak² kat abang sebab banyak tolong ayang"....erm...ni lah hasil yg dah kitaorng dapat. Sebelum dan selepas projek ni...
Ammar dan kete control...

Thursday, March 17, 2011
Hujan hari ni....
Wednesday, March 16, 2011
aku, kerja dan rumah...
Tuesday, March 15, 2011
Dah setahun umur anak ibu yer.....
Lagi Gambar Ammar....
Koleksi Gambar Ammar...
Thursday, March 10, 2011
Lahirnya Ammar...putera sulungku...
1 MAY 2009 (8.00 malam)....
Ni la hari cuti bagi semua pekerja...pagi tu kami sekeluarga pun x plan p memana…petang tu tergerak plak hati nak berjalan...suamiku kata dah sarat cam tu duduk rumah jer…tapi hati ni nak berjalan…last² plan p tesco...lepas solat maghrib kami pergi sana…belanja barang² dapur ngan keperluan kami…habis satu tesco aku round sambil belanja sakan memandangkan hari tu kami langkah kanan…ada sale lah katakan…penuh satu troli belanja…bawa perut yang besar nih pun x terasa penat…sakit jauh sekali…sebenarnya malam tadi beru lepas p berurut ngan mak bidan…urut untuk mudahkan bersalin…tu yang x terasa penat..tapi mak cik tu ada bagitau, baby dah kebawah dan dia kata mungkin awak bersalin lebih awal dari tarikh yang sepatutnyer…due date aku sebenarnye 8.3.2009…erm..mase tu x pk apa² pun Cuma berharap dapat lahirkan baby nih dengan selamat dan sehat…selesai shopping kat tesco kitaorang p makan malam…masa tu macam² menu dipesan…yerlah tengah berselera di tambah plak ngan perut yang lapar nih..selesai makan kami balik…lepas solat terus tido…dah sampai rumah baru terasa penatnyer......
2 MAY 2009 (4.45 pagi)....
Tersedar dari tido sebab terasa baby menendang²…bila bagun jer tengok tilam habis basah..sempat berkata dalam hati ‘’ku nih kencing malam ker”..lepas tu terus aku berdiri..lepas berdiri jer keluar cecair warna jernih…habis melimpah kelantai…kejut suami..dia panik tengok aku berdiri ngan air ketuban tu keluar (masa tu x tau lagi tu air ketuban)…rasa sakit pun tidak…terus tepon mak tanya air apa yang keluar banyak sangat…lepas mak bagitau air ketuban jer terus berderau darah nih pk nak bersalin…masa tu Cuma wajah mak ngan abah jer terbayang…yang kelakar suami turun naik tangga..panik sungguh sampai dia tanya “ nak buat apa nih…abang x tau..takut”..aku sempat lagi tergelak..terus aku cakap ambil kunci kete hantar ayang p HSI…nasib baik rumah ngan HSI dekat jer…lebih kurang 10 minit kami sampai sana…mak ngan abah kata akan susul kemudia…ape² telefon…....
5.15 pagi....
Terus pegi ER masuk labour room…sampai sana doc terus check laluan..masa tu doc perempuan…masa dalam bilik tu aku istighfar banyak²..lepas tu doc cakp bad news jalan x buka lagi, tapi air ketuban dah pecah so terpaksa tahan wad…dalam masa 24 jam kalau tiada tanda nak melahirkan ngan jalan pun x buka diorang akan masukkan ubat untuk paksa bersalin bimbang baby nanti lemas sebab air ketuban dah pecah dlu..lama jugak dalam labour room doc cek…wat CTG…jantung baby masih ok......
7.15 pagi ....
Terus daftar masuk wad…suami hantar…masa tu bleh lagi berjalan macam org x sakit…tapi masa berjalan tu terasa air ketuban tu sentiasa keluar…minta wad 2nd class x dapat sebab nurse beritahu katil dah penuh..start semalam lagi ramai org yang bersalin…lepas tu HSA banyak tolak kes ke HSI..jadi katil pun penuh…x perlah asalkan ada katil…sampai jer nampak kiri kanan ada patient..ada baby sekali..sempat lagi tanya bersalin normal ker caeser..2 2 tanya semua caeser..takut dengar…....
10.20 pagi....
Berderau darah tetiba ada 2 org doktor pakar datang..dia tanya berkenaan ngn kes yag lepas..yang lepas aku operation disebabkan ectopic pregnancy…then dia bagi tau perkara yang sama…jika dalam masa 24 jam x bersalin, diorang masukkan ubat untuk bersalin…aku pun x pk apa² masa tu..dari pagi tu sampai tunggu mak abah datang aku x reti duduk diam dalam wad…berjalan² sambil tengok baby org lain…mata pun x terasa mngantuk…mak ada pesan kalau nak mudahkan jalan untuk kelahiran baby tu kena berjalan²…....
3.30 petang.....
Petang tu sekali lagi wat CTG tapi alhamdulillah baby ok…doc cakap baby awak aktif…x reti diam…scan pun baby x reti diam...waktu melawat mak abah ngan mak mertua datang…macam² pesanan yang diorang bagitau…petang tu makan masih lagi berselera…lauk hospital x makan…....
8.30 malam....
Sekali lagi wat CTG…lepas wat CTG baby still aktif..lepas wat CTG doc periksa pembukaan rahim…baru 2cm…lepas periksa aku balik katil terus tido..macam² surah ngan ayat² al-quran aku baca…sentiasa ingat apa yang emak pesan..x lama terus terlelap…rasa badan letih sangat…....
12.30 malam ....
Aku terjaga sebab tiba² perut terasa sakit sangat..jumpa nurse terus sebab x tahan terutama kat ari²…nak bergerak² pun sakit…sakit tu every 20 minute ada pastu ilang..doc cakap tu contraction nak bersalin…dia minta aku catat waktu bila sakit n berapa kali contaction dalam berapa minit…sambung tido lagi…bila sakit tu datang balik aku terus catat jam berapa…sampailah pukul 4 pg aku menahan sakit..doc cek jalan x buka lagi…still 2cm......
3 MAY 2009 (5.15 pagi)....
Waktu nih masih belum tido…setiap 5 minit contraction tu datang…aku terus menahan sakit sampai jam 6.00 pagi…lepastu baru doc cek…sampai gilirin aku doc cek masa tu dah pukul 6.20…doc bagitau diorang x payah masukkan ubat paksa bersalin sebab laluan tu dah terbuka 5cm..nurse suruh siap² bawa baju baby sekali masuk labor room…masa tu terus aku contact husband aku cakap kena masuk labour room…pagi tu aku sempat mandi ngan minum air milo segelas…alhamdulillah dalam hati aku bleh bersalin normal…....
7.00 pagi....
Terus masuk labour room…suami pun teman sekali…tapi dia duduk luar dlu..sampai sana doc cek lagi jalan dah buka 6cm…tengok muke suami tadi macam sedih jer…ada wajah panik kat muke dia..erm..may b 1st time nak sambut baby…dalam labour room tu aku menahan sakit unutk bersalin…sambil tu nurse tengah pasang CTG…....
8.00 pagi....
Still dalam labour room…sakit tu semakin kerap setiap minit…masa tu dah x dapat nak menahan sakit tapi baby x keluar jugak…doc bagi ubat untuk bersalin…doc cakap diorang terpaksa bagi ubat paksa untuk bersalin sebab baby x leh keluar lagi…then sampai 8.30 pagi masih x bersalin jugak…rasa sakit tu hanya Tuhan jer yang tau…lepas tu doc masuk tengok graf CTG…doc cakap ada yang x kena ngan baby sebab tu masih x bleh bersalin lagi..doc terus cek…dapat tau jantung baby dah lemah…wat scan baby sangkut kat dalam sebab tu x leh keluar…perasaan masa tu hanya Tuhan jer yang tau…masa tu aku redha jika apa² berlaku aku berserah…lagipun sebelum masuk labor room lagi macam² aku dah pesan pada suami…....
10.15 pagi ....
Doc pakar masuk..maklumkan pada aku yang aku x bleh nak bersalin normal sebab baby sangkut kat dalam…jantung baby dah semakin lemah sebab leher terbelit tali pusat…kalau lambat keluar baby bleh lemas disebabkan air ketuban dah pecah…waktu tu aku dah terasa badan semakin lemah…terus diorang siapkan aku p bilik operation…waktu nih hanya wajah mak ayah ngan suami berlegar kat pkran…aku biarkan semua nurse buat kerjanyer..dalam keadaan sakit aku sendiri tandatangan surat kebenaran ngan tanggungan operation…masa tu aku hanya berserah…lepas tu satu lagi dugaan yang aku terima…waktu nurse tu masukkan tiub dari lubang hidung sebelah kanan ada darah keluar terus melalui tiub tu…tiub tu sangkut di peparu..tu yang sebabkan pendarahan…lepastu diorang masukkan pula tiub ke lubang hidung kiri…diorang sebenarrnya nak keluarkan air milo yang aku minum pagi tadi…tapi still perkara yang sama berlaku…kali nih lebih teruk sampai aku batuk darah…waktu tu aku rasa x terlarat…mata berpinar…last² diorang ambil keputusan keluarkan balik tiub tu…masa tu aku sendiri cakap aku ambil risiko nih masuk bilik operation ngan ada air milo dalam perut…lepas tu datang plak ketua jururawat…dia tanya apa yang dah berlaku sebab tengok keadaan kelam kabut...then dia advice kalau aku kuat semangat x kan jadi apa² masa operation tu nanti..samping tu doc yang rawat aku pergi jumpa suami aku kat luar maklumkan yang aku terpaksa di bedah…masa aku disorong keluar aku nampak air mata suami yang menitis…sebelum masuk bilik pembedahan sempat suami berpesan dan berdoa agar x berlaku apa² terhadap aku sambil cium dahi aku…masa tu aku rasa terharu…aku kuatkan semangat..ni lah pengalaman kali kedua aku dibedah..c-zer plak tu…....
11.00 pagi....
Aku dah ada dalam bilik pembedahan…masa tu sempat lagi tengok jam dalam bilik tu tepat kul 11.00 lagi…disebabkan nak hilangkan rasa gemuruh aku berbual² ngan nurse, doktor ngan pakar bius kat situ…lepas tu doc pakar bius tu kata dia akan bius separuh badan sahaja…jadi waktu tu aku dalam keadaan sedar semasa pembedahan tu berjalan…tapi tah cam ne aku dapat kekuatan untuk teruskan pembedahan tu…tengok jer atas aku nampak proses pembedahan tu melalui pantulan lampu pada aluminium tu…mungkin doa dari suami dan mak abah..tepat jam 11.18pagi anak aku dilahirkan secara pembedahan…masa tu doc sempat mengusik ngan minta aku teka baby nih lelaki ke perempuan…masa doc keluarkan ngan sambut baby tu aku dengar suara dia menangis…mcam perempuan…halus dan nyaring…bila doc tunjuk baru aku nampak baby lelaki…dari jauh aku nampak nurse ngan pembantu doc kat situ tengah bersihkan anak aku…dari situ terus terus aku menitiskan air mata dan bersyukur sangat pada Tuhan yang aku ngan dia selamat…baru rasa ni lah nikmat melahirkan anak…hilang rasa sakit tu semua…....
11.45 pagi....
Aku still dalam bilik pembedahan…nurse kata baby dah bawa keluar dan beri pada suamiku untuk di azankan….selesai pembedahan semua aku masih di letak di bawah pengawasan doc…erm…nilah dugaan sekali lagi bila tiba² tekanan darah aku x stabil dan aku rasa susah nak bernafas…aku diberikan sepenuh oksigen…masa tu aku masih dalam keadaan menggigil…doc letak warmer pada seluruh badan aku…terus aku terlena dan x ingat apa²…....
1.15 petang ....
Aku tersedar bila ada suara yang memanggil nama aku…alhamdulillah syukur sangat pada Tuhan aku masih selamat…lepas tu doc cakap aku dah kembali stabil…jam 1.30 petang aku di hantar masuk ke dalam wad…keluar je bilik pembedahan aku tengok suami, mak abah, mak mertua ngan saudara mara lain menunggu di ruang menunggu bilik pembedahan tu…terus suami aku dapatkan aku..sempat lagi di peluk ngan diciumnyer sambil menitis air mata…sampai je kat wad aku dah x dapat bergerak sebab terlalu lemah…lepastu terus nurse hantar baby aku then diorang letak baby aku kat sebelah aku…masa aku tengok sebak jer rasanyer…terharu bila tengok wajah dia…gembira x terkata…kulit putih bersih…tenang wajahnyer…Syukur alhamdulillah…. ....