Monday, May 30, 2011

Cucur Udang, Cucur Badak, Cucur Kodok

Assalamualaikum dan salam pagi isnin..pepagi lagi dah nak wat lawak. tap ni ada kena mengena ngan sms yg aku terima pagi tadi dari boss tempat kerja lama...tap apa kaitan ngan cucur udang, cucur badak ngan cucuk kodok macam kat gambar sebelah ni. terus teringat lagu Jalil Hamid pasal makan..




makanan pelik -pelik,
taik minyak taik itik,
puteri mandi badak berendam,
mata kucing mangga siam,
buah keras buat lauk,
pisang emas pisang tanduk,
batang buruk cucur kodokkkk....



cucur badak

tap bukan tu nak cite...berbalik pada sms tadi...pepagi lag dah wat org gelak. yerlah nak wat cucur udang senang sbb udan banyak jual kat pasar, kat tesco, giant, pasar malam dan pasar mini pun ada jual gak tau. tap klu cucur badak susah nak wat sbb nak kena cari badak dan klu kite jual cucur udang dan lupe nak letak udang, pelanggan marah dan tanya kenapa x letak udang?? tap bila kite jual cucur kodok pelanggan x tanya plak mana kodoknya?? betul x?? terus ngap masuk mulut...


cucur udang



p/s : jangan terliur plak tengok cucur ni semua. sedap makan tima breakfast @ teatime...pekena ngan kopi panas..sedap tau...

suke entri ini??

Tuesday, May 17, 2011

Anak Kita - Tips


oklah, ni nak kongsi ckit beberapa tips yang sama² kite bleh kongsikan untuk dipraktikkan pada anak² kite. Tips ni dapat dari note My Babay Store. Jom kite kongsi sesame yer...

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


suke entri ini?

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu ..




Selamat Hari Ibu buat semua ibu² seluruh dunia. dan buat emak (Ruzitah Binti Hussin), terima kasih atas segala pengorbanan mak membesarkan along selama ni. x terucakap dengan kata² dan x terbalas segala pengorbanan yg telah mak berikan sehingga ke hari ini. dan wat mak mertua (Azmah Binti Rahim), mak, yana nak ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menerima yana dalam keluarga ini...terima kasih segalanya....along /yana doakan mak, agar mak sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam lindunganNYA....

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku

Suke entri ini?

Thursday, May 5, 2011

Ole - Ole Dari Kak Gee


Ha ni lah dia ole-ole dari Kak Gee wat mereka² yg kak gee sayangi... pe pun time kasih banyak² pada kak gee sbb sudi beri ole² ni pada kitaorang yg dah memang setia menjadi pembaca blog kak gee. K la ni baru saya nak tempek kat blog saya nih...Nice Knowing U too...:))


suke entri ini??

Tuesday, May 3, 2011

Bufday Boy Bangun Pagi

gambar ni sempat aku snap pagi tadi sebelum p keje. bufday boy baru bangun tido. ape pun happy bufday yer sayang. ibu sayang sangat kat ammar tau. begitu jugak ayah....










suke entri ini??

Ammar Takut Atok Tu

ni lah gambar yg ammar takutkan klu dalam KFC. bila x reti diam jer aku akan cakap " Atok, ambil ammar ni" (sambil tunjuk gambar ni kat dinding. automatik terus dduk diamlah dia. haha lepasnih senang keje aku nak handle dia tiap kali p KFC..

atok yg ammar takutkan..Kernel KFC la...


Ammar yg suke senyum. ngan org x kenal pun dia suke sneyum..


KFC Famous bowl. sib baik ada lagi walapn kitaorang sampai dah 3.45 ptg. abis nasi ammar makan.


Ni lah chicken Chop KFC punyer.. blehlah katakan sedap. cume sos mushroom ckit lah..aku suke banyak² sos tu..baru sedappp..


Plan nak sambut bufday ammar kat KFC. tap kitaorang dah pegi dlu. x sabar nak rase chicken chop dia ni ha..not bad..kira oklah tu rasenya...


suke entri ini??

Pantai Teluk Gorek Mersing


salam semua. ni entri pasal plan mase 1 may yang lepas. kitaorang sekeluarga p la pantai Teluk Gorek ni. perjalanan lebih kurang 15-20 minit dari bandar mersing. x la jauh sangat. yang pasti kawasan pantai ni memang best. macam² aktiviti bleh buat. kayak, mandi laut, mancing, barbeque ke, cari kepah, berkhemah...macam² lagi arr. kawasan pantai ni landai sangat. x berombak. sesuai sangat kalau kite bawa bebudak mandi kat cni. ammar pun suke. sampai kecut tangan berendam lama sangat kat laut sampai x nak naik dah.

ha kat cni ada dua tmpat yang bleh kita menginap. Teluk gorek Chalet & Camp Site ngan Gorek Bay. chalet diorang ni sebelah menyebelah jer. tap yang aku p ni kat Gorek Bay. x bayak gambar yg sempat aku snap kat tempat ni. dah terkejar ke sana sini handle ammar, ngan seronok sangat kat cni tu yg sampai terlupe dah nak ambil gambar.



hehe..x sempat aku nak snap gambar basikal tu. tap basikal tu dah macam motor elektrik. org x der lesen pun leh bawak..


ingat nak naik kayak tap air dah surut, terpaksalah kuburkan hasrat aku tu. x mau aku nak menarik kayak tu ketengah laut. jauh tu...


tempat santai ni kita leh sewa nan kadar rm30.00 sehari. ada letrik ngan lampu sekali tau. bleh bawa khemah sekali.

Ni dewan yg ada disediakn di Teluk Gorek Chalet & Camp Site. surau pun ada. tap x sempat nak snap.



klu nak tengok gambar lain anda bleh klik sini. banyak pemandangan Pantai Teluk Gorek ni. lepas ni mmg kitaorang sekeluarga plan nak pegi lagi dan bermalam di sana. mesti best giler arrr klu dapat bercuti lagi cam yg lepas...

p/s : sape² nak pegi, klu x tau jalan lehlah calling² aku yer..

suke entri ini??

Happy Anniversary And Happy Bufday 03.05.2011

Assalamualaikum dan salam hari selasa. wat pengetahuan semua hari ni merupakan hari paling bermakna bagi kami. hari ulangtahun dan hari lahir ammar yg di sambut pada tarikh yang sama. hari ni juga genap usia perkahwinanku yang ke-3 dan hari lahir ammar yang ke-2. dengan harapan semoga rumahtangga yg kami bina ini kekal hingga akhir hayat, dimurahkan rezeki dan bahagia dunia dan akhirat. pada ammar ibu doakan moga ammar sentiasa menjadi anak yg soleh, sentiasa diberi kekuatan untuk ammar terus membesar dengan sihat dan bijak....-amin-





suka entri ini??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...